comscore
Tumpuan :
Dunia

Pujian untuk China perkasa penyelidikan matematik, perkomputeran & sains asas – Prof Harvard

BEIJING: “China wajar dipuji atas usaha gigihnya memajukan penyelidikan dalam bidang matematik, perkomputeran dan sains asas. Saya yakin China akan mencapai kejayaan cemerlang, dan saya sentiasa teruja melihat tradisi masyarakat China yang rajin belajar serta minat mendalam mereka terhadap matematik.”

Demikian dinyatakan oleh pemenang Anugerah Turing 2010, Leslie Gabriel Valiant dalam temu bual dengan wartawan CMG baru-baru ini.

“Orang China sentiasa menunjukkan minat yang besar terhadap penyelidikan keilmuan, dan tradisi ini boleh disifatkan sebagai satu kelebihan yang amat baik,” ujar beliau.

Pada Persidangan Antarabangsa Sains Asas 2024 yang diadakan di Beijing pada 14 hingga 26 Julai lepas, lebih 800 sarjana dari dalam dan luar negara bersama-sama membincangkan kemajuan terkini dalam bidang sains asas dan arah aliran pada masa depan.

Dalam majlis perasmian, Valiant, profesor Universiti Harvard yang juga ahli sains perkomputeran yang terkenal di arena antarabangsa dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Kecerdasan buatan (AI) telah menjadi teknologi strategik yang menerajui revolusi teknologi pusingan baharu dan pembaharuan industri, dan turut menjadi semakin relevan dengan kehidupan harian masyarakat manusia dalam tempoh beberapa tahun lalu.

“Saya menganggap kemajuan yang paling besar adalah model raya bahasa yang boleh menghasilkan pertuturan bahasa yang sangat fasih, tak kira Inggeris atau Mandarin. Ini sememangnya amat mengagumkan. Ramai antara kita salah faham bahawa hanya manusia barulah mampu menuturkan ayat yang begitu lancar, tetapi ini bukan fakta yang sebenar,” katanya.

Ketika ditanya sama ada komputer akan berkembang menjadi lebih pintar daripada manusia, profesor Valiant berkata, “menyentuh suatu tugas yang terpilih misalnya bermain catur, memanglah boleh menghasilkan mesin yang lebih pandai daripada manusia. Selain itu, juga ada banyak hal yang dijalankan oleh mesin menunjukkan kesan yang lebih bagus. Namun, ini tidak membawa kesimpulan langsung iaitu mesin lebih pintar daripada kita.

Saya menganggap masalah utama pada masa depan adalah siapa barulah penentu nasib dunia, dan berpendapat bahawa manusia sepatutnya mengekalkan kawalan terhadap dunia. Tidak payah terlalu bimbang akan mesin yang menunjukkan kemahuan mengawal dunia, dan kita juga sama sekali tidak boleh menyerahkan kuasa pengawalan kepada ‘warga mesin’ kerana ia adalah satu keputusan yang bodoh belaka.

“Teknologi menciptakan peluang pekerjaan baharu, dan juga menggantikan sesetengah yang ketinggalan zaman. Maka, seterusnya apa akan berlaku bergantung pada apa pilihan yang akan dibuat manusia.

“Menurut jangkaan saya, dalam kebanyakan kerja, komputer memang boleh memberikan bantuan, tetapi apa bantuan itu ditentukan oleh umat manusia.

“Anda pasti boleh memanfaatkan bantuan komputer, tak kira apa jenis kerja yang dilakukan. Saya menganggap ini amat berfaedah, cuma tidak setuju dengan dakwaan yang menganggap AI hanya boleh membawa dampak negatif,” kata Valiant. – BERNAMA-CMG

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini