SEOUL: Korea Utara terus melakukan provokasi ke atas Korea Selatan dengan menghantar ratusan lagi belon yang berisi sampah.
Tentera Korea Selatan memaklumkan ia bagaimanapun tidak menimbulkan risiko keselamatan orang awam berikutan belon berkenaan hanya mengandungi sisa kertas dan plastik.
Situasi terbaharu ini menyaksikan lebih 900 belon sampah dihantar Pyongyang dalam tempoh tiga hari yang turut mendarat di Seoul dan Gyeonggi.
Secara keseluruhan, Korea Utara menghantar hampir 5,000 belon berisi sampah sejak Mei lalu sebagai tindak balas terhadap belon propaganda yang dilancarkan aktivis Korea Selatan. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.