PARIS: Ketegangan terus memuncak di Perancis dengan tercetusnya siri ke 10 tunjuk perasaan di negara itu.
Polis terpaksa berdepan dengan ribuan peserta di paris dan bandar utama negara itu dengan kawalan keselamatan terpaksa dipertingkatkan.
Pasukan keselamatan juga mendakwa, orang ramai yang berarak bertindak lebih agresif.
Segelintir mereka mengugut lebih banyak kemusnahan akan dilakukan selain memberi risiko ramai yang akan cedera dan terbunuh.
Meskipun jumlah peserta dianggarkan menyusut dengan 93,000 penunjuk perasaan di ibu kota berbanding 119,000 minggu lalu namun kesan demonstrasi terbaharu ini dilihat lebih buruk.
Dalam pada itu, Kesatuan Sekerja yang menganjurkan protes menggesa mogok dan perarakan baharu pada 6 April.
Tunjuk perasaan dilancarkan rakyat Perancis menyelar tindakan Presiden Emmanuel Macron meningkatkan umur persaraan dari 62 kepada 64 tahun melalui parlimen tanpa undi.