TEL AVIV: Puluhan ribu rakyat Israel terus berdemonstrasi hari ini membantah rancangan kontroversi Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bagi merombak sistem kehakiman negara itu.
Warga Israel yang menentang rancangan itu juga semakin meningkat apabila protes berterusan itu kini memasuki minggu kesembilan.
Rombakan itu dilihat semakin memecahbelahkan masyarakat Israel, dengan semakin ramai menyertai tunjuk perasaan menolak rancangan kerajaan mengurangkan kuasa badan kehakiman.
Perdebatan itu berpunca daripada kebimbangan bahawa perubahan itu akan melemahkan kuasa Mahkamah Agung, mengehadkan kuasa hakim, dan mengancam institusi demokrasi.
Netanyahu dan sekutunya berkata, mereka mahu mengekang kuasa badan kehakiman yang tidak dipilih dengan memberi Parlimen kuasa untuk mengubah keputusan Mahkamah Agung.
Bandar Tel Aviv menyaksikan peratusan keluar terbesar dalam protes minggu ini manakala tunjuk perasaan yang lebih kecil di beberapa lokasi di seluruh negara.