CALIFORNIA: Ratusan penunjuk perasaan turun ke jalan untuk berhimpun menentang tindakan keras terhadap pendatang haram oleh pentadbiran Trump pada Ahad (2 Februari), yang dikuatkuasakan oleh Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat (AS), sebuah agensi dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Presiden Donald Trump melancarkan tindakan keras secara meluas terhadap pendatang tanpa izin selepas memegang jawatan pada 20 Januari, mengubah hala sumber tentera untuk menyokong keselamatan sempadan dan pengusiran sambil memberi kuasa kepada pegawai ICE untuk menangkap lebih ramai bukan penjenayah.
Tangkapan ICE di seluruh negara telah meningkat pada minggu lalu dengan kira-kira 900 hingga 1,200 orang ditangkap setiap hari, menurut agensi itu, berbanding purata harian 311 pada tahun fiskal 2024.
Tindakan penguatkuasaan termasuk tangkapan di bandar yang dipanggil “tempat perlindungan” yang mengehadkan kerjasama dengan ICE, termasuk New York dan Chicago. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.