NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB akan melakukan undian menerima pakai resolusi menuntut penamatan semua keganasan di Myanmar, esok.
Selain itu, resolusi menggesa penghentian segera pemindahan senjata ke Myanmar dan mengancam sekatan PBB juga bakal diundi dalam masa sama.
Bagi membolehkan resolusi berkenaan diterima, sekurang-kurangnya sembilan undian menyokong diperlukan tanpa sebarang undi veto dikemuka.
Sekiranya diterima, Junta Myanmar diarah untuk membebaskan semua tahanan politik, termasuk Aung San Suu Kyi selain membenarkan peralihan demokrasi di samping melaksanakan pelan damai ASEAN.
Rundingan mengenai resolusi terbabit yang digubal oleh Britain itu bermula pada September lalu, namun atas faktor tertentu, ianya dikeluarkan dari agenda PBB. – REUTERS