Tumpuan :
Dunia

Projek fotovoltaik pelaburan China dimulakan di Laos

Foto fail Reuters

SHENZHEN: Projek fotovoltaik 1 juta kilowatt yang dilaburkan oleh China bermula dengan projek pecah tanah di utara Laos, menurut China General Nuclear Power Corporation (CGN), pengendali kuasa nuklear utama di China dan pelabur projek itu, mengumumkan pada Khamis, menurut Xinhua.

Projek itu yang dibina bersama oleh CGN dan lebih 70 perusahaan China dan Laos yang lain, ialah projek fasa I pangkalan tenaga bersih CGN di utara Laos yang merangkumi pelbagai sumber dan pelengkap seperti angin, suria dan biojisim.

Ia juga merupakan projek fotovoltaik berskala besar pertama di Laos.

Dengan kapasiti terpasang satu juta kilowatt, projek fasa pertama itu dijangka menghasilkan purata 1.7 bilion kilowatt-jam kuasa setiap tahun, cukup untuk memenuhi keperluan tenaga kira-kira 10 juta isi rumah.

Penjimatan tenaga daripada projek itu setara dengan pengurangan kira-kira 510,000 tan arang batu standard setiap tahun.

Projek itu menggambarkan kejayaan kerjasama China-Laos, kata Timbalan Gabenor Wilayah Oudomxay, Khamphiang Yachongva, satu daripada tiga wilayah yang menjadi tuan rumah pangkalan tenaga bersih berkenaan.

Beliau menambah bahawa projek itu akan memacu pembangunan sosioekonomi wilayahnya melalui peluang pekerjaan serta pembinaan jalan raya, sekolah, kemudahan bekalan air dan kawasan perbandaran. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini