comscore
Tumpuan :
Dunia

Presiden Mexico mahu pembunuhan lima individu oleh tentera disiasat

Foto : Reuters

MEXICO: Presiden Andres Manuel Lopez Obrador mahu pembunuhan lima individu oleh tentera di Nuevo Laredo, Tamaulipas disiasat segera.

Dalam visual kamera litar tertutup (CCTV), kejadian menyaksikan puluhan anggota tentera mengepung trak itu sebaik ia merempuh dinding dengan laju.

Lima individu yang berada di dalam trak berkenaan kemudian ditarik keluar sebelum ditumbuk dan terajang.

Kesemua anggota tentera itu kemudian dilihat mengeluarkan senjata sebelum akhirnya menembak lima individu itu.

Datuk Bandar Nuevo Laredo, Carmen Canturosas di akaun Facebooknya memberi amaran kepada orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga dan tidak meninggalkan kediaman untuk ke pejabat mahupun sekolah buat sementara waktu.

Kes masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini