Tumpuan :
Dunia

Presiden Korea Selatan terselamat, parti pemerintah boikot sesi undian pemecatan

SEOUL: Sesi undian bagi proses pemecatan terhadap Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol yang sepatutnya dijalankan hari ini, tergendala.

Perkara terbabit berlaku susulan tindakan sebahagian wakil parti pemerintah yang memboikot sesi berkenaan dan keluar meninggalkan parlimen.

Langkah itu secara tidak langsung bakal menyelamatkan kedudukan Presiden Yoon yang berdepan tekanan meskipun sudah mengemukakan permohonan maaf awal pagi tadi.

Kehadiran sekurang-kurangnya 200 ahli parlimen diperlukan bagi membolehkan proses pengundian dijalankan.

Menurut Reuters, di sebalik ketegangan yang berlaku, beberapa ahli parlimen parti pembangkang bertindak menjerit dan menggelarkan tindakan ahli parlimen parti pemerintah sebagai pengecut.

Hanya seorang dalam kalangan ahli parlimen parti pemerintah bertindak kekal di dalam dewan.

SUMBER CNN & REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini