Tumpuan :
Dunia

Presiden Iran berucap buat kali pertama kepada rakyat Palestin 

FOTO: AFP

GAZA: Presiden Iran Ebrahim Raisi buat pertama kalinya dalam sejarah negara itu akan berucap kepada rakyat Palestin.

Menurut laporan itu, Raisi akan menyampaikan ucapan semasa perayaan di Semenanjung Gaza pada Jumaat.

Semalam, komander tentera laut Kor Pengawal Revolusi Islam, Alireza Tangsiri berkata tentera laut Iran akan mengadakan perbarisan kapal di Teluk Parsi dan Laut Kaspia bagi menyokong rakyat Palestin.

Keganasan semakin meningkat di Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini susulan serbuan  Israel di kawasan yang dikuasai Palestin bagi menentang ancaman pengganas.

Lebih 90 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel sejak awal 2023.

Palestin dan Israel bermusuhan sejak penubuhan Palestin pada 1948.

Rakyat Palestin memohon pengiktirafan diplomatik terhadap penubuhan sebuah negara merdeka di wilayah Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, yang sebahagiannya diduduki Israel, dan Semenanjung Gaza.

Kerajaan Israel enggan mengiktiraf Palestin sebagai entiti politik dan diplomatik yang bebas sebaliknya membina penempatan di kawasan yang diduduki walaupun mendapat bantahan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  — BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini