Tumpuan :
Dunia

Presiden Brazil ulangi kecaman terhadap Israel

FOTO: Reuters

RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva sekali lagi mengulangi kecamannya terhadap Israel.

Dalam satu majlis, Lula da Silva mendakwa dan menyifatkan perilaku Israel adalah satu pembersihan etnik di Gaza.

Beliau juga menegaskan menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Ujarnya, Palestin wujud secara harmoni dengan Israel, namun apa yang dilihat kini bukan sahaja perang, ia adalah pembersihan etnik dengan pembunuhan terang-terangan terhadap wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Lula da silva sebelum ini mencetus kemarahan israel apabila menyamakan operasi ketenteraan rejim itu di Gaza dengan Holocaust pembunuhan Yahudi oleh Jerman ketika perang dunia kedua.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini