
AMERIKA SYARIKAT: Presiden Argentina, Javier Milei, memulakan lawatannya ke A.S.dengan menghadiahkan gergaji kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk. Sepanjang lawatan ini, Milei dijangka membincangkan kenaikan tarif A.S. dan bertemu dengan ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Milei menyerahkan gergaji rantai itu kepada Musk semasa pertemuan mereka sebelum usahawan teknologi itu tampil di Persidangan Tindakan Politik Konservatif (CPAC) di Washington, D.C.
Presiden A.S., Donald Trump, melantik Musk untuk mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan yang baharu atau DOGE yang melaksanakan pemotongan besar dalam agensi persekutuan, mengurangkan ribuan pekerjaan dan membongkar program kerajaan—sesuatu yang mencerminkan langkah penjimatan Milei di Argentina.
Milei akan berada di A.S. dari Khamis hingga Sabtu (22 Februari) dan dijangka bertemu Trump di CPAC.
Presiden Argentina itu juga berkemungkinan membincangkan kenaikan tarif yang baru diumumkan ke atas import keluli A.S. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.