comscore
Tumpuan :
Dunia

Praperbicaraan suspek kes bunuh Shinzo Abe bermula

FOTO: Reuters

TOKYO: Prosiding praperbicaraan ke atas suspek kes pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bermula di mahkamah daerah di bandar Nara di barat Jepun pada Jumaat, lapor Xinhua.

Bagaimanapun, Defendan, Tetsuya Yamagami, 43, tidak hadir pada sesi praperbicaraan yang dijalankan secara tertutup itu, menurut laporan media tempatan.

Sesi itu membolehkan pegawai mahkamah, pendakwa raya dan peguam antara lain menyemak bukti dan menetapkan jadual perbicaraan.

Perbicaraan pertama dijangka paling awal tahun depan, lapor Kyodo News.

Yamagami dituduh menembak mati Abe ketika bekas Perdana Menteri itu berucap semasa berkempen di Nara pada 8 Julai 2022.– BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini