comscore
Tumpuan :
Dunia

Prabowo umum barisan Menteri Kabinet

JAKARTA: Presiden baharu Indonesia, Prabowo Subianto secara rasmi mengumumkan senarai menteri di bawah pemerintahannya, di Istana Presiden, di Jakarta.

Beliau menamakan kabinetnya sebagai ‘Kabinet Merah Putih’.

Seramai 109 dengan 53 jawatan Menteri dan 56 Timbalan Menteri diumum secara keseluruhannya.

Jumlah itu meningkat sebanyak 19 Menteri dan 38 Timbalan Menteri berbanding pentadbiran di bawah Presiden Joko Widodo sebelum ini.

Anggota kabinet Prabowo juga menampilkan seramai 31 muka baharu manakala, 22 lagi dibawa dari kabinet Jokowi.

Antara yang mengekalkan jawatan termasuk Sri Mulyani Indrawati yang dikekalkan sebagai Menteri Kewangan.

Loading...
Terkini