comscore
Tumpuan :
Dunia

Prabowo secara rasmi diumum menang jawatan Presiden Indonesia

JAKARTA: Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka diumumkan sebagai pemenang pemilihan Presiden dan Naib Presiden (PILPRES) 2024.

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekaligus menewaskan dua pesaingnya.

Ketua KPU, Hasyim Asy’ari berkata Prabowo yang juga Menteri Pertahanan dan gandingannya selaku Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka meraih lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan dan cukup untuk memperoleh majoriti.

Dua pencabarnya iaitu Anies Baswedan memperoleh hampir 41 juta undi atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan, manakala Ganjar Pranowo merekodkan 27 juta undi atau lebih 16 peratus.

Sebelum ini Prabowo diramalkan memenangi jawatan Presiden dan beliau dijangka mengambil alih kepimpinan pada Oktober selepas tempoh peralihan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini