Tumpuan :
Dunia

Prabowo arah kurang kos haji

Foto: Reuters

JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengarahkan Kementerian Agama mencari inisiatif mengurangkan kos menunaikan ibadah haji menjelang tahun depan.

Untuk tahun ini, kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah atau kira-kira RM15,522.

Timbalan Menteri Agama, Muhammad Syafii berkata, Prabowo meminta usaha merasionalkan kos itu dibuat tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah.

Justeru, beliau mengesahkan kos perjalanan haji 2025 akan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Namun jumlah pengurangan itu masih perlu dibincangkan dengan Panitia Kerja (Panja) Komisi Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia.

Sementara itu, Menteri Agama, Nasaruddin Umar menegaskan kecekapan kos bukan bermakna kualiti perkhidmatan akan dikurangkan.

Beliau menegaskan, penetapan bayaran haji Indonesia perlu mengambil kira pelbagai faktor luaran seperti inflasi, kadar pertukaran mata wang dan keadaan harga minyak.

Selain itu, usaha membersihkan penyelewengan dalam pengurusan ibadah haji juga diharap dapat mengurangkan kos.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini