Tumpuan :
Dunia

Prabowo arah hentikan import beras, garam, gula & jagung pada 2025

FOTO: Reuters

JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengarahkan hentikan import beras, garam, gula dan jagung pada 2025.

Menurut Menteri Penyelaras Makanan, Zulkifli Hasan dalam sidang media selepas mesyuarat di Istana Negara, tiada kuota import akan ditetapkan bagi komoditi itu pada 2025.

Dalam mesyuarat sama, presiden turut memutuskan untuk menaikkan harga belian kerajaan (HPP) bagi padi daripada Rp6,000 (sekitar AS$0.37) kepada Rp6,500 (sekitar AS$0.40).

Harga lantai belian (HAP) untuk jagung juga dinaikkan daripada Rp5,000 (sekitar AS$0.31) kepada Rp5,500 (sekitar AS$0.34).

Foto: Reuters

Zulkifli menjelaskan keputusan ini dibuat selepas perbincangan dan turut menekankan keputusan bersejarah iaitu kerajaan akan membeli semua hasil padi, beras dan jagung yang dihasilkan oleh petani.

Ujarnya, hasil tuaian petani akan disimpan di gudang milik syarikat logistik milik negara, Bulog, koperasi utama dan gudang yang menggunakan sistem resit.

Prabowo mempengerusikan mesyuarat di Istana Negara di Jakarta pada Isnin bagi membincangkan program keselamatan makanan kerajaan.

Mesyuarat berlangsung kira-kira dua jam.

Sebelum ini, dalam ucapan pelantikannya pada 20 Okt, Prabowo menyuarakan keyakinannya bahawa Indonesia dapat mencapai keterjaminan makanan dalam tempoh empat hingga lima tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini