comscore
Tumpuan :
Dunia

Polis Singapura siasat 305 suspek kes penipuan

Foto hiasan

SINGAPURA: Polis Singapura sedang menyiasat 305 suspek kes penipuan susulan operasi penguatkuasaan dari 30 Ogos hingga 12 September, menurut kenyataan terbaharu polis, lapor Xinhua.

Suspek terbabit dalam lebih 1,500 kes, termasuk penipuan pelaburan, penipuan e-dagang, penipuan pekerjaan, penipuan penyamaran rakan, penipuan pembeli palsu dan penipuan cinta Internet.

Polis berkata mangsa kerugian lebih S$12.8 juta (US$9.9 juta).

Suspek turut disiasat kerana mengubah wang haram, atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini