comscore
Tumpuan :
Dunia

Polis serbu ibu pejabat PTI, mula langkah haram parti

FOTO: Reuters

ISLAMABAD: Polis Pakistan menyerbu ibu pejabat parti bekas Perdana Menteri yang kini dipenjara, Imran Khan, seminggu selepas kerajaan yang disokong tentera bersumpah untuk melarang gerakan politik berkenaan.

Media antarabangsa yang memantau melaporkan, Ibu pejabat Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) milik Khan yang dikepung polis itu turut membawa beberapa pekerja parti masuk ke dalam van yang menunggu di luar premis.

Media Pakistan sebelum ini melaporkan Pengerusi Parti, Gohar Ali Khan dan seorang peguam antara yang akan ditahan.

Bagaimanapun, seorang pegawai polis di Islamabad yang enggan dikenali memaklumkan kepada media, mereka tidak mengambil tindakan ke atas dua individu itu.

Sebaliknya, pegawai itu mengesahkan penangkapan Raoof Hassan iaitu seorang ahli pengasas parti yang juga ketua jabatan media parti berkenaan, namun menafikan menahan Gohar Ali Khan.

Minggu lalu, Menteri Penerangan Pakistan memaklumkan bahawa kerajaan akan mengharamkan parti PTI, beberapa hari selepas Mahkamah Agung membuat keputusan penting yang memberikan keuntungan besar kepada parti itu yang memberi tamparan hebat kepada kerajaan.

Calon yang setia kepada Khan memenangi kebanyakan kerusi dalam pilihan raya Februari lalu tetapi tidak berjaya memegang kuasa rentetan parti sekutunya berselisih faham dengan parti diterajui Perdana Menteri, Shehbaz Sharif, yang mendapat sokongan dari tentera yang kini berkuasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini