comscore
Tumpuan :
Dunia

Polis Jerman tembak mati individu ‘mencurigakan’ berhampiran muzium era Nazi dan Konsulat Israel

Kawalan di lokasi kejadian selepas polis Jerman melepaskan tembakan ke arah suspek tengah Munich, Jerman.

Oleh: Fahmi Tajuddin

MUNICH: Polis Jerman menembak mati seorang lelaki bersenjata berhampiran Pusat Dokumentasi Nazi dan konsulat Israel di bandar Munich pada Khamis.

Menurut polis Bavaria, lelaki tersebut ditembak di sekitar kawasan Karolinenplatz yang kini telah dikawal ketat pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri Bavaria, Joachim Herrmann mengesahkan bahawa suspek telah meninggal dunia selepas insiden tembak-menembak dengan lima pegawai polis.

Polis sebelum itu menerima laporan mengenai seorang lelaki yang dilihat membawa senjata api berjalan di kawasan tersebut.

Kawalan keselamatan di rumah ibadat utama Munich juga diperketatkan selepas insiden tersebut.

Pusat Dokumentasi Munich adalah sebuah institusi sejarah Sosialisme Kebangsaan, dibuka sembilan tahun lalu di tapak bekas ibu pejabat parti Nazi, yang turut dikenali sebagai Brown House.

Dalam pada itu, pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan imej kejadian itu di media sosial dan mengelak dari kawasan sekitar Karolinenplatz dan Briennerstrasse.

Ia susulan pelbagai spekulasi berkenaan motif insiden tersebut, mulai tular di media sosial, terutama kaitannya dengan peristiwa hitam yang pernah berlaku pada 1972, apabila berlakunya serangan berdarah terhadap kumpulan atlet Israel oleh kumpulan anti-Israel ketika Temasya Olimpik di Munich yang mengorbankan 11 atlet dari negara haram itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini