KARLSRUHE: Polis Jerman mematahkan satu cubaan menawan beberapa individu di dalam sebuah farmasi yang terletak di barat daya Karlsruhe.
Menurut media tempatan, seorang lelaki yang dipercayai suspek utama ditahan pihak berkuasa beberapa jam selepas kejadian.
Kejadian bermula apabila seorang lelaki bertindak menyerang farmasi dan menawan semua pengunjung serta kakitangan premis berkenaan selama beberapa jam.
Beberapa letupan turut kedengaran sewaktu pasukan unit khas tiba di lokasi kejadian.
Kesemua individu yang ditawan kemudiannya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
Motif sebenar kejadian tidak diketahui.
Insiden berlaku sehari selepas serangan tembakan di sebuah gereja di Hamburg yang meragut tujuh nyawa.
SUMBER REUTERS