Tumpuan :
Dunia

Polis halang kemaraan penyokong Presiden Korea Selatan

Tangkap layar (REUTERS)

KOREA SELATAN: Ratusan penyokong Presiden Yoon Suk Yeol berarak menuju ke kediaman rasmi Presiden di Seoul.

Ramai yang berjalan sambil membawa bendera namun kemaraan mereka dihalang oleh pasukan polis.

Perarakan dianjurkan sehari selepas pihak berkuasa cuba menangkap Yoon namun gagal selepas enam jam berdepan ketegangan dengan Pasukan Keselamatan Yoon.

Yoon sedang disiasat atas tuduhan pemberontakan berhubung pelaksanaan undang-undang tentera pada 3 Disember lalu yang mengejutkan Korea Selatan dan menyebabkan waran tangkap pertama dikeluarkan untuk seorang Presiden.

“Ia dianggap bahawa adalah hampir mustahil untuk melaksanakan waran tangkap disebabkan oleh pertembungan yang berterusan,” kata Pejabat Penyiasatan Rasuah bagi Pegawai Berjawatan Tinggi (CIO) dalam satu kenyataan.

CIO membatalkan usaha untuk menangkap Yoon sekitar pukul 1:30 petang pada hari Jumaat (3 Januari) kerana kebimbangan mengenai keselamatan kakitangannya, dan berkata ia “amat menyesal” dengan ketidakpatuhan Yoon. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini