Tumpuan :
Dunia

Polis A.S. perketat kawalan keselamatan di West Palm Beach

FOTO: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Sejumlah besar anggota polis dikerahkan di West Palm Beach, Florida, selepas kejadian cubaan membunuh bekas Presiden AS, Donald Trump pada hari Ahad (15 September), menjadikannya cubaan kedua dalam tempoh lebih dua bulan.

Trump tidak mengalami sebarang kecederaan selepas Perkhidmatan Rahsia menggagalkan cubaan membunuh ketika beliau sedang bermain golf di lapangan golfnya di West Palm Beach, Florida.

Menurut Pegawai Penguat Kuasa Undang-Undang, Agen-Agen Perkhidmatan Rahsia telah menembak seorang suspek yang berada di dalam semak berhampiran sempadan kawasan golf dalam lingkungan beberapa ratus meter dari Trump

Suspek meninggalkan senjata api jenis AK-47 dan beberapa barangan lain di tempat kejadian sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan, namun kemudian berjaya ditangkap.

Cubaan membunuh ini berlaku hanya dua bulan selepas Trump diserang dengan tembakan semasa satu perhimpunan kempen di Pennsylvania, di mana beliau mengalami kecederaan ringan pada telinga kanannya. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini