Tumpuan :
Dunia

PM Thailand didesak letak jawatan, tuntut kelayakan pentadbiran dibatalkan

Foto: Reuters

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra terus didesak meletak jawatan.

Ia termasuk pelbagai petisyen perundangan menuntut kelayakan pentadbirannya dibatalkan.

Sekumpulan aktivis dan pesaing politik memfailkan puluhan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Agensi Antirasuah dan Pendakwa Raya.

Paetongtarn didakwa melanggar etika dan berada di bawah pengaruh bapanya, Thaksin yang juga bekas Perdana Menteri.

Beliau kini berisiko dipecat atau diharamkan menyertai politik seumur hidup sekiranya aduan terbabit dihadapkan ke mahkamah, sekaligus membawa kepada pembubaran kabinet dan parti Pheu Thai yang dianggotainya. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini