comscore
Tumpuan :
Dunia

PM Thai janji kurangkan harga petrol

FOTO: REUTERS

THAILAND: Perdana Menteri, Srettha Thavisin berjanji untuk mengurangkan harga petrol selepas harga diesel dan elektrik dikurangkan lagi.

Beliau dalam pada itu memohon orang ramai untuk bersabar kerana kerajaan Thailand perlu melakukan satu persatu dan mendahulukan perkara yang paling mendesak.

Menurut Srettha, “kerajaan menyedari sepenuhnya kesukaran dihadapi rakyat disebabkan oleh harga bekalan tenaga yang tinggi”.

Minggu lalu, Kabinet bersetuju untuk mengurangkan harga elektrik daripada 4.45 baht (59 sen) kepada 4.10 baht (55 sen)/unit dan harga diesel kepada bawah 30 baht (RM4) seliter.

Terdahulu, Srettha berada di wilayah Chiang Mai untuk memeriksa projek air dan Pusat Kajian Pembangunan Huai Hong Khrai.

Beliau juga mengambil bahagian dalam pelepasan unggas liar dan penanaman pokok Yang selepas diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan Diraja mengenai projek pengalihan air Nam Yuam.

Loading...
Terkini