comscore
Tumpuan :
Dunia

PM, Liga Muslim Sedunia bincang konflik Palestin

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

RIYADH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia, Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa malam tadi bagi membincangkan isu perang Israel-Palestin.

Pada pertemuan kira-kira sejam itu, Anwar dan Sheikh Dr Muhammad menyentuh pentingnya kesepakatan yang perlu diambil pemimpin dunia Islam dan rangkaian ulama sedunia dalam memperjuangkan isu rakyat Palestin dan kekejaman rejim Zionis.

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

Menurut Anwar, turut disentuh berkaitan isu dakwah dan pendidikan Islam, sempena Muzakarah Ulama Antarabangsa yang bakal dianjurkan di Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan ringkas dikeluarkan selepas pertemuan di pejabat liga berkenaan.

Liga Muslim Sedunia atau dikenali sebagai Rabitah Alam Islami adalah pertubuhan Islam yang berpengaruh dan berpangkalan di Makkah.

Pertubuhan itu diasaskan Raja Faisal bin Abd Al-Aziz Al Saʿud pada 1966 dan dibiayai kerajaan Arab Saudi.

Perdana Menteri kini dalam lawatan kerja dua hari bagi menghadiri sidang kemuncak pertama Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh yang berakhir semalam.

Loading...
Terkini