comscore
Tumpuan :
Dunia

PM India cadang sesi maya G20 akhir November

FOTO: REUTERS

NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi mencadangkan untuk mengadakan satu pertemuan secara maya membabitkan pemimpin G20.

Ia sebelum berakhir tempoh jawatan presiden yang disandang India ketika ini pada November 2023.

Menurut Modi, melalui sesi berkenaan, pihaknya dapat menyemak isu yang ditangani pada sidang kemuncak ini.

FOTO: REUTERS

Justeru beliau berharap negara anggota akan menyertai sesi maya berkenaan.

Cadangan itu mendapat sokongan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov yang menyatakan ia akan memberi peluang untuk menilai realisasi perjanjian dicapai di New Delhi, selain menyerahkan jawatan presiden G20 kepada Brazil dengan cara lebih berkesan.

India mempengerusikan G20 sejak 1 Disember 2022.

Sidang kemuncak peringkat tertinggi di New Delhi pada Sabtu dan Ahad menghimpunkan 20 negara anggota, serta sembilan negara lain, termasuk Bangladesh, Mesir, Sepanyol, Mauritius, Nigeria, Belanda, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Singapura.

Acara seterusnya dirancang diadakan di Brazil, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, seperti termaktub dalam perisytiharan akhir persidangan New Delhi.

Loading...
Terkini