comscore
Tumpuan :
Dunia

Pita yakin raih sokongan secukupnya bagi jawatan Perdana Menteri 

Foto: Reuters

BANGKOK: Calon utama bagi jawatan Perdana Menteri Thailand,  Pita Limjaroenrat yakin akan mendapat sokongan secukupnya bagi memegang jawatan itu.

Parti Move Forward yang dipimpin beliau bersama gabungan lapan parti lain menang 312 kerusi parlimen dalam plihan raya yang diadakan 14 Mei lalu.

Mengikut peraturan di bawah perlembagaan, Pita memerlukan sekurang-kurangnya 376 undi bagi jawatan itu termasuk 250 ahli senat yang telah dipilih oleh junta tentera sebelum ini.

Keraguan timbul sama ada Pita mampu mendapat sokongan susulan cadangan kontroversi partinya untuk mengubah undang-undang memabitkan sistem monarki Thailand.

Partinya juga kini dalam proses menerangkan pendirian berhubung usul itu kepada senator sebelum sidang parlimen pertama pada 3 Julai nanti.

Tambah Pita, perubahan undang-undang selari dengan konteks masyarakat tidak akan menghalang pembentukan kerajaan.

Undian bagi pemilihan Perdana Menteri Thailand bakal diadakan di parlimen pada 13 Julai nanti – REUTERS

Loading...
Terkini