Tumpuan :
Dunia

Pinggir selatan Beirut dilanda serangan udara Israel semalaman

Foto: Reuters

BEIRUT: Beberapa serangan melanda pinggir selatan Beirut pada awal hari Jumaat (25 Oktober) ketika letupan besar di antara bangunan dan asap tebal kelihatan berkepul-kepul di langit.

Israel melancarkan serangan ke atas Lubnan bertujuan untuk memastikan kepulangan berpuluh-puluh ribu warganya yang dipindahkan dari kediaman mereka di utara Israel selama setahun permusuhan rentas sempadan dengan pejuang Hizbullah.

Tentera Israel telah menggunakan serangan udara untuk menyerang selatan Lubnan, di pinggir selatan Beirut dan Lembah Bekaa, selain menghantar tentera darat ke kawasan berhampiran sempadan.

Pihak berkuasa Lubnan berkata kempen itu telah membunuh lebih 2,500 orang dan telah menyebabkan lebih sejuta orang kehilangan tempat tinggal sehingga mencetuskan krisis kemanusiaan.

Hizbullah melepaskan tembakan pada 8 Okt. 2023, sebagai solidariti dengan sekutu mereka Hamas di Gaza. Serangan Israel di Gaza telah membunuh hampir 43,000 orang, menurut pihak berkuasa Gaza, dan memusnahkan wilayah itu.

Menurut rejim Israel, serangan mengejut yang diketuai Hamas itu telah mencetuskan perang dan membunuh 1,200 orang termasuk warganya serta 250 lagi dijadikan tebusan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini