comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Pilihan Raya Umum Indonesia 2024: Prabowo dahului kiraan pantas atasi Anies & Ganjar

 

JAKARTA: Proses pengundian pada Pilihan Raya Umum Indonesia 2024 siang tadi berjalan lancar dengan lebih 800,000 pusat mengundi dibuka di seluruh republik berkenaan.

Calon presiden sebanyak tiga kali, Prabowo Subianto setakat ini mendahului kiraan pantas meninggalkan dua lagi calon, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo.

Berdasarkan hasil kiraan pantas, Prabowo dan pasangannya Gibran Rakabuming Raka memperoleh lebih 50 peratus undi.

Ia diikuti dengan Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar serta Ganjar Pranowo dan Mahfud Md.

Anis dan Muhaimin masing-masing mengundi di Lebak Bulus dan Bangka, Jakarta Selatan.

Prabowo pula mengundi di Bogor, Jawa Barat dan regunya Gibran di Solo, Jawa Tengah.

Ganjar mengundi di Semarang, Jawa Tengah, manakala pasangannya, Mahfud di Sleman, Yogyakarta.

Sementara itu, Presiden Joko Widodo serta isteri Iriana, mengundi di Gambir, Jakarta Pusat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini