comscore
Tumpuan :
Dunia

Pilihan Raya Presiden Iran: Pezeshkian, Jalili bersaing pusingan kedua 5 Julai

TEHRAN: Pilihan Raya Presiden Iran menyaksikan calon reformis, Masoud Pezeshkian akan berdepan pesaing ultrakonservatif, Saeed Jalili pada pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung 5 Julai depan selepas keputusan pemilihan menyaksikan kedua-dua calon gagal meraih lebih 50 peratus undi.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap ibu pejabat pilihan raya, Mohsen Eslami yang memperincikan bahawa Pezeshkian, 69 tahun memperoleh 42.4 peratus undi, manakala Jalili, 58 tahun sekadar mencatat 38.6 peratus undi.

Dua lagi calon iaitu speaker parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf pula meraih 13.8 peratus undi dan Mostafa Pourmohammadi, kurang satu peratus undi.

Data rasmi menunjukkan kira-kira 40 peratus daripada 61 juta pengundi menunaikan tanggungjawab dalam pusingan pertama dengan lebih sejuta kertas undi rosak.

Pengganti Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter bulan lalu bakal terjawab selepas berakhir pemilihan pusingan kedua pada Jumaat depan.

Untuk rekod, Iran pernah berdepan pusingan kedua Pilihan Raya Presiden pada 2005. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini