TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei meluluskan pelantikan Naib Presiden, Mohammad Mokhber selaku Presiden Sementara manakala Ali Bagheri Kani pula dilantik selaku Menteri Luar Sementara susulan nahas helikopter yang menggemparkan negara itu.
Menurut agensi berita IRNA, selain pengumuman tempoh lima hari berkabung di seluruh negara, Ali Khamenei turut mengarahkan satu pilihan raya presiden diadakan dalam tempoh 50 hari.
Sehubungan itu, satu mesyuarat kabinet tergempar yang diketuai presiden sementara diadakan semalam di antara Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf dan juga ketua hakim negara, Gholamhossein Mohseni Ejei bagi membincangkan proses pemilihan presiden baharu negara terbabit.
Agensi berita tempatan, MEHR memaklumkan mesyuarat tergempar berkenaan memutuskan Pilihan Raya Presiden Iran akan diadakan pada 28 Jun depan.
Penamaan calon presiden pula bakal berlangsung mulai 30 Mei hingga 3 Jun, sementara tempoh berkempen ditetapkan bermula 12 Jun hingga 27 Jun nanti.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Malaysia berdukacita di atas tragedi menimpa Presiden Iran dan delegasi kepemimpinan Iran – PM
- Kerajaan Iran adakan mesyuarat tergempar susulan kematian Presiden Ebrahim Raisi
- Helikopter membawa Presiden Iran terhempas
- SAR helikopter dinaiki Presiden Iran masih berjalan
- Lokasi helikopter Raisi terhempas ditemui, keadaan ‘tidak baik’
- Helikopter ditemui terhempas, Presiden Iran dikhuatiri maut
- Presiden Iran, menteri luar terkorban dalam insiden helikopter terhempas
- Jenazah Presiden Iran dan mangsa lain dibawa ke Tabriz