comscore
Tumpuan :
Dunia

Pilihan Raya AS: Undi awal bermula di beberapa negeri

MINNESOTA: Undian awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat bermula ketika berbaki lebih sebulan pemilihan pada 5 November nanti.

Pengundian awal mengambil tempat di beberapa negeri termasuk Virginia, South Dakota dan Minnesota.

Kebanyakan negeri membenarkan pengundian awal secara fizikal atau pos.

Pengundi menunaikan tanggungjawab memilih antara calon Demokrat, Kamala Harris dan calon Republikan, Donald Trump.

Persaingan Harris-Trump dilaporkan sengit dengan kedua-dua calon menerima sokongan hampir seimbang.

Pengundian awal 46 hari sebelum hari pengundian utama pastinya menjadi langkah penting buat kedua-dua calon itu.

Begitu pun, Trump sebelum ini menyatakan bahawa beliau berhak menerima atau menolak hasil keputusan undi awal. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini