WASHINGTON: Calon daripada Republikan, Donald Trump, diunjurkan memenangi Carolina Utara – sebuah daripada tujuh negeri ‘medan tempur’ pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024, menurut rangkaian media AS.
CNN, NBC dan ABC News melaporkan bekas Presiden AS itu menguasai negeri tenggara berkenaan yang turut dimenangi Trump pada pilihan raya 2020.
Pada pertandingan yang menyaksikan saingan sengit antara Trump dengan Kamala Harris daripada Demokrat, tujuh negeri ‘atas pagar’ dilihat sebagai ‘medan tempur’ yang dijangka menjadi penentu keputusan pilihan raya kali ini.
Negeri berkenaan ialah trio Rust Belt yang membabitkan Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin, serta quartet Sun Belt membabitkan Arizona, Georgia, Nevada dan Carolina Utara.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa