comscore
Tumpuan :
Dunia

Pilihan Raya A.S: Trump mendahului 210 undi elektoral, Harris 113

Perkembangan Pilihan Raya Amerika Syarikat menyaksikan calon Presiden Republikan, Donald Trump terus mendahului dengan meraih 210 undi elektoral.

Manakala calon Presiden Demokrat, Kamala Harris memperoleh 113 undi elektoral.

Kemenangan memihak Trump di Alabama, Arkansas, Florida, Indiana, Kentucky, Louisiana, Mississippi, Missouri, North Dakota, Oklahoma, South Carolina, South Dakota, Tennessee, Texas, West Virginia dan Wyoming.

Harris pula mencatat kemenangan di Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New York, Rhode Island, Vermont dan Washington, D.C.

Langkah kanan ketika ini lebih memihak kepada Trump untuk memenangi jawatan Presiden, di mana calon perlu mencapai 270 undi elektoral.

Pemerhati menjangkakan persaingan sengit Harris-Trump akan ditentukan oleh beberapa negeri utama. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini