comscore
Tumpuan :
Dunia

Pilihan Raya A.S: Harris, Trump raih undi seimbang di Dixville Notch

DIXVILLE NOTCH: Perkembangan Pilihan Raya Amerika Syarikat menyaksikan langkah kanan seimbang antara calon Presiden Demokrat, Kamala Harris dan calon Presiden Republikan, Donald Trump menerusi proses undian di Dixville Notch.

Terdahulu enam pengundi pekan kecil di utara New Hampshire itu menunaikan tanggungjawab, sebelum pengiraan dilakukan dengan Harris dan Trump masing-masing memperoleh tiga undi.

Dalam dua pilihan raya presiden yang lalu, majoriti pengundi di Dixville Notch memilih calon parti Demokrat.

Pengundi di Dixville Notch memberikan lima undi kepada Joe Biden pada 2020, manakala empat daripada tujuh undi kepada Hillary Clinton pada 2016.

Sementara itu, persaingan kerusi gabenor negeri New Hampshire menyaksikan calon Republikan, Kelly Ayotte meraih majoriti lima undi.

Dixville Notch menjadi satu-satunya lokasi di New Hampshire yang membuka pusat mengundi pada waktu tengah malam. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini