Tumpuan :
Dunia

Pihak Berkuasa Palestin gantung operasi penyiaran Al Jazeera

PA mengeluarkan arahan penggantungan sementara dengan alasan rangkaian berita antarabangsa itu menyiarkan bahan yang mempunyai unsur hasutan. FOTO: Reuters

KAHERAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) menghentikan sementara operasi saluran televisyen Al yang berpusat di Qatar di seluruh wilayah Palestin, dengan alasan menyiarkan ‘bahan yang menghasut’, lapor agensi berita Palestin, Wafa, semalam.

Keputusan itu dibuat secara bersama oleh Menteri Budaya, Dalam Negeri, dan Komunikasi kerana saluran tersebut menyiarkan bahan yang dianggap ‘menipu dan menimbulkan perpecahan’.

Wafa bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai isu tersebut.

Arahan itu antara lainnya menyatakan bahawa keputusan yang dibuat bersifat sementara tetapi tidak menyebutkan tarikh akhir penghentian operasi.

Minggu lalu, PA mengkritik Al Jazeera atas liputannya mengenai pertempuran yang berlangsung selama berminggu-minggu antara pasukan keselamatan Palestin dan pejuang militan di Kem Jenin di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Sementara itu, kumpulan pejuang Hamas mengecam keputusan untuk melarang operasi rangkaian terbabit.

“Keputusan itu selari dengan siri tindakan arbitrari yang diambil oleh pihak berkuasa PA untuk mengehadkan hak dan kebebasan awam, serta mengukuhkan cengkaman keselamatannya ke atas rakyat Palestin.

“Kami menggesa PA untuk segera membatalkan keputusan ini… adalah penting untuk memastikan kelangsungan liputan media yang mendedahkan penjajahan dan menyokong keteguhan rakyat kami,” kata pejuang Hamas dalam satu kenyataan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini