Tumpuan :
Dunia

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi Thailand pada 2024, lebih 490 bilion baht

FOTO: Reuters

BANGKOK: Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Ini diikuti oleh Chonburi dengan lebih 310 bilion baht dan Surat Thani dengan lebih 110 billion baht.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Watthanachan dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi Kerajaan Diraja Thailand.

Beliau berkata statistik oleh Jabatan Pelancongan itu menunjukkan potensi setiap wilayah untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa.

Data itu juga berfungsi sebagai alat berharga untuk merancang aktiviti yang mampu menarik lebih ramai pelawat sambil menawarkan peluang kepada wilayah untuk meningkatkan dan menaik taraf tarikan serta perkhidmatan pelancongan mereka bagi memenuhi permintaan pelawat dengan lebih baik.

Menurut sumber, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra giat merangsang semua sektor ekonomi, khususnya memberi tumpuan kepada peningkatan jumlah pelancong dan perbelanjaan per kapita mereka.

Kerajaan Thailand juga komited menjadikan 2025 sebagai ‘Tahun Keemasan Pelancongan Thailand’ dengan memastikan perjalanan sepanjang tahun tanpa musim rendah serta mengagihkan pendapatan ke bandar utama dan sekunder.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini