comscore
Tumpuan :
Dunia

Phnom Penh: Lebuh raya dibina syarikat China mula dibuka kepada lalu lintas 

PHNOM PENH : Lebuh raya lingkaran ketiga Phnom Penh yang dibina oleh syarikat China dibuka secara rasmi kepada lalu lintas pada Khamis.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, dalam ucapannya pada majlis perasmian, menzahirkan penghargaan atas bantuan yang dihulurkan rakyat dan kerajaan China.

Menurut beliau, lingkaran ketiga itu bersambung dengan lebuh raya Phnom Penh-Sihanoukville serta lebuh raya Phnom Penh-Bavet yang sedang dalam pembinaan, sekali gus akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Phnom Penh dan di seluruh negara.

Duta China ke Kemboja, Wang Wentian, berkata tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik kedua-dua negara serta Tahun Persahabatan China-Kemboja.

Beliau berkata dua negara itu komited mempererat jalinan persahabatan, memantapkan kerjasama pragmatik yang saling untung dan menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib pada era baharu.

Dibina oleh Shanghai Construction Group (SCG), projek berkenaan bermula pada Mac 2019 dan berakhir pada Jun 2023.

Lingkaran ketiga sepanjang sekitar 53 kilometer itu mempunyai empat lorong kenderaan dan dua lorong motosikal.  — BERNAMA-CMG

Loading...
Terkini