Tumpuan :
Dunia

Petugas perubatan cedera dalam serangan Israel di Lubnan

 

Foto: Reuters

MOSCOW: Tentera Israel telah menyerang sebuah penempatan di selatan Lubnan ketika kru ambulans sedang bekerja di lokasi itu, kata Palang Merah Lubnan pada Ahad, sambil menambah empat pekerja perubatan cedera, lapor Sputnik.

“Susulan serangan udara ke atas sebuah rumah di Sirbine di Lubnan Selatan pada Ahad, 13 Oktober jam 8 pagi (0500 GMT), pasukan ambulans Palang Merah Lubnan dihantar ke tempat kejadian dengan kerjasama UNIFIL. Ketika pasukan itu sedang mencari mangsa untuk diselamatkan, rumah itu dibedil untuk kali kedua mengakibatkan gegaran pada sukarelawan dan kerosakan pada dua ambulans yang cedera ringan telah dibawa ke hospital dan dalam keadaan baik,” kata Palang Merah Lubnan di X.

Serangan itu mencederakan empat pekerja perubatan. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini