comscore
Tumpuan :
Dunia

Petani bakar sisa ladang, kualiti udara di New Delhi cecah tahap sangat tidak sihat

FOTO: Reuters

NEW DELHI: Lapisan asap menyelubungi ibu negara India pada Isnin (21 Oktober), dengan kualiti udara mencecah tahap ‘sangat tidak sihat’ ketika petani terus membakar sisa ladang mereka di negeri berhampiran, memburukkan lagi pencemaran udara di bandar itu.

Setiap tahun, kualiti udara di New Delhi bertambah buruk dengan pembakaran sisa tanaman di negeri jiran termasuk Punjab, Haryana, dan Uttar Pradesh.

New Delhi dinilai sebagai ibu kota paling tercemar di dunia tahun lalu oleh kumpulan Switzerland IQAir.

Pelajar di Delhi, Kushal Chaudhary, berkata dia mengalami kesukaran bernafas dan menggesa kerajaan untuk “melakukan sesuatu mengenai pencemaran itu”.

Kualiti udara bandar merosot setiap tahun semasa musim sejuk apabila udara sejuk memerangkap bahan pencemar daripada sumber termasuk kenderaan, industri, habuk pembinaan dan pembakaran sisa pertanian. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini