Tumpuan :
Dunia

Pesawat Trigana Air tergelincir ketika mendarat, beberapa penumpang cedera

PAPUA: Beberapa orang penumpang cedera selepas sebuah pesawat tergelincir di landasan ketika melakukan pendaratan di wilayah Papua, Indonesia.

Menurut pihak berkuasa, pesawat ATR-42 milik Trigana Air itu tergelincir pada sebelah pagi waktu tempatan sebaik tiba di Jayapura dari Kepulauan Yapen.

Ketika kejadian, pesawat terbabit membawa 42 penumpang termasuk seorang bayi dan enam kru penerbangan.

Kesemua penumpang kemudian diberikan bantuan dan rawatan sejurus mendarat di Lapangan Terbang Kamanap Serui.

Siasatan kini dijalankan dengan kerjasama beberapa pihak bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini