GUAYAQUIL: Nahas sebuah pesawat ringan meragut dua nyawa di utara Guayaquil.
Insiden berlaku di tengah-tengah bandar padat dengan penduduk.
Ketika kejadian pesawat terbabit dipercayai dalam perjalanan dari daerah Manta menuju Guayaquil.
Saksi memberitahu melihat pesawat terbabit terbang rendah dan terkena beberapa bangunan sebelum terhempas ke atas jalan raya.
Selain bomba dan paramedik, pasukan tentera serta polis turut dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.
Susulan nahas, beberapa laluan berdekatan ditutup kepada lalu lintas bagi memudahkan operasi menyelamat.
Seorang mangsa yang parah dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera.
Insiden turut mendapat perhatian Datuk Bandar Guayaquil, Cynthia Viteri yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian. – AP