comscore
Tumpuan :
Dunia

Pesawat SIA dilanda gelora udara, tiba di Singapura 

FOTO: Reuters

KUALA LUMPUR: Pesawat Singapore Airlines (SIA) yang digunakan untuk penerbangan di mana seorang penumpangnya maut semasa gelora udara, tiba di Singapura pada hari ini, selepas lima hari melakukan pendaratan cemas di Bangkok.

Ia dilaporkan media tempatan Channel News Asia (CNA),

“SIA memperoleh kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa berkaitan di Singapura dan Thailand, penyiasat dan pengeluar pesawat dengan ia telah diperiksa oleh pasukan Kejuruteraan dan Operasi Penerbangan kami, sebelum berlepas,” kata Singapore Airlines kepada CNA.

Perkhidmatan pengesanan penerbangan Flightradar24 menunjukkan pesawat itu, beroperasi sebagai penerbangan SQ9071, meninggalkan Bangkok hari ini pada jam 3.49 pagi waktu tempatan dan tiba di Singapura pada jam 5.39 pagi waktu tempatan.

Seorang lelaki warga Britain berusia 73 tahun meninggal dunia akibat disyaki serangan jantung, selain berpuluh penumpang cedera pada Selasa lalu selepas penerbangan SQ321, dari London ke Singapura, akibat gelora udara ketika melintasi ruang udara Myanmar.

Penerbangan yang membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal itu melencong ke Bangkok sebelum melakukan pendaratan cemas.

Sekurang-kurangnya 43 orang yang berada di dalam pesawat masih dirawat di hospital di Bangkok, menurut kenyataan dikeluarkan sebuah hospital di ibu negara Thailand, semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini