comscore
Tumpuan :
Dunia

Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Las Vegas

Foto: Reuters

NEVADA: Sebuah pesawat Frontier Airlines mengalami kebakaran ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada lapor Reuters yang memetik CBS News.

Menurut kenyataan Frontier Airlines di platform X, pesawat itu dalam proses pendaratan dari San Diego apabila juruterbang mengesan kepulan asap di bawah pesawat dan segera mengisytiharkan kecemasan.

Dalam video yang tular di media sosial, pesawat tersebut dilihat sedang mendarat dengan api dan asap keluar dari bahagian roda.

“Juruterbang mengesan asap dan mengisytiharkan kecemasan, pesawat itu mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta kru dipindahkan melalui tangga udara. Tiada kecederaan dilaporkan dan penumpang telah dibawa ke terminal,” kata jurucakap Frontier Airlines kepada CBS News.

Seramai 190 penumpang serta tujuh anak kapal berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, Jabatan Bomba Daerah Clark dikerahkan ke lokasi kejadian melibatkan jentera bomba dan kenderaan perkhidmatan kecemasan yang tiba di landasan ketika asap menyelubungi pesawat berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini