ALMATY: Puluhan mangsa dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat komersial penerbangan J28243 yang membawa 105 penumpang dan kru terhempas di Kazakhstan, menurut kenyataan Kementerian Kecemasan negara itu.
Pihak berkuasa tempatan melaporkan, enam orang dilaporkan terselamat dalam insiden berkenaan.
Pesawat milik Azerbaijan Airlines itu sedang dalam penerbangan dari Baku, Azerbaijan ke Grozny, Rusia sebelum terpaksa mengubah haluan akibat kabus tebal. Ia terhempas berhampiran Lapangan Terbang Aktau di barat Kazakhstan.
@buletintv3 Puluhan mangsa dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat komersial penerbangan J28243 yang membawa 105 penumpang dan kru terhempas di Kazakhstan, menurut kenyataan Kementerian Kecemasan negara itu. #BuletinTV3 #AzerbaijanAirlines #PesawatTerhempas #Viral #Tular
Pasukan kecemasan kini sedang berusaha memadamkan kebakaran di lokasi kejadian, menurut kementerian tersebut.
Setakat ini, pihak Azerbaijan Airlines belum memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.