SYRIA: Sekurang-kurangnya 24 pejuang, kebanyakannya anggota kumpulan yang disokong Turkiye, terbunuh dalam pertempuran dengan Pasukan Demokratik Syria (SDF) pimpinan kumpulan Kurdis di daerah Manbij utara, Syria
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, pertempuran terbaharu itu dicetuskan oleh serangan pejuang yang disokong Ankara ke atas dua bandar di selatan Manbij.
Pertempuran dilaporkan berterusan di selatan dan timur Manbij dan pada masa sama turut dibedil dengan dron serta artileri berat oleh Turkiye
SDF dalam kenyataannya berkata, pihaknya berjaya menangkis serangan termasuk memusnahkan kenderaan perisai dan membunuh puluhan askar upahan
Untuk rekod Turkiye melancarkan beberapa operasi terhadap SDF sejak 2016 dengan kumpulan yang disokong Ankara menawan beberapa bandar yang dikuasai Kurdis di utara Syria dalam beberapa minggu kebelakangan ini
Turkiye menuduh komponen utama SDF, Unit Perlindungan Rakyat (YPG), bergabung dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang kedua-duanya disenaraihitamkan Washington dan Ankara sebagai kumpulan pengganas.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.