Tumpuan :
Dunia

Persiapan sedang dijalankan untuk penyerahan tawanan di Khan Younis

Foto: Reuters

GAZA: Hamas akan menyerahkan mayat tiga ahli keluarga Bibas serta mayat Oded Lifshitz dalam masa kira-kira satu jam.

Mayat-mayat itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di selatan Khan Younis, Gaza.

Seorang jurucakap Hamas mendakwa bahawa kesemua mereka terbunuh dalam serangan udara Israel.

Pada masa sama, Pejuang Palestin bertopeng dan bersenjata berbaris di sebuah pentas yang didirikan di Khan Younis sebagai persediaan untuk penyerahan mayat tawanan Israel kepada pasukan ICRC.

Salah satu kain rentang di pentas itu memaparkan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dan cedera dalam perang Israel, manakala satu lagi menunjukkan keranda yang dilitupi bendera Israel dengan tulisan: “Kembalinya perang = Kembalinya tawanan kamu dalam keranda.” AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini