comscore
Tumpuan :
Dunia

Perjanjian bawa masuk bantuan berjaya dicapai antara Hamas-Israel – Qatar

Foto fail Reuters

QATAR: Perjanjian membawa masuk bantuan kemanusiaan dan ubat-ubatan berjaya dicapai antara Hamas dan Israel melalui usaha dibroker Qatar.

Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan berkata, ia bakal menyaksikan bantuan dibawa masuk bagi penduduk di kawasan teruk terjejas.

Bantuan akan mula digerakkan dari Qatar ke Mesir hari ini sebelum dibawa masuk ke Gaza.

Tambah kenyataan itu lagi, usaha berterusan pelbagai pihak di rantau itu dan di peringkat antarabangsa terutama dari segi kemanusiaan dan ubat-ubatan dalam rangka usaha Qatar bertujuan bagi menamatkan perang di Gaza.

Pemimpin rejim Israel dalam satu kenyataan turut mengesahkan kemasukan ubat-ubatan ke Gaza.

Bekalan ubat-ubatan diperoleh hasil pembelian di Perancis dan dibawa ke Mesir melalui dua pesawat.

Ia kemudian akan dibawa masuk bersama wakil Qatar sehingga ke destinasinya di Gaza. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini