Tumpuan :
Dunia

Pergerakan paling sibuk di China, catat 9 billion perjalanan sempena Tahun Baharu Cina

FOTO: Reuters

BEIJING: China memulakan pengerakan perjalanan penduduk tahunan terbesarnya pada hari Selasa, 15 hari sebelum Festival Musim Bunga, atau Tahun Baharu Cina berlangsung.

Ini menandakan “chunyun” pertama atau perjalanan tersibuk sempena Festival Musim Bunga, selepas UNESCO mencatatkan Festival Musim Bunga dalam senarai warisan budaya tidak ketara pada Disember tahun lepas.

Sembilan bilion perjalanan penumpang dijangka dalam tempoh paling sibuk tahun ini yang akan berakhir pada 22 Februari depan, dengan kedua-dua perjalanan penumpang kereta api dan udara dijangka akan mencapai rekod tertinggi.

Semasa musim perjalanan ini, 7.2 bilion perjalanan meggunakan jalan raya direkodkan selain lebih 90 juta perjalanan penerbangan awam akan dilakukan. Manakala lebih 510 juta perjalanan penumpang pula akan dikendalikan oleh perkhidmatan kereta api, dengan purata 12.75 juta perjalanan setiap hari.

Di China, lonjakan perjalanan selama 40 hari akan menyaksikan ratusan juta orang pulang ke kampung halaman mereka untuk bertemu dengan keluarga dan sanak saudara. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini